Mesyuarat Kelab-kelab Satria di Tg. Bidara, Melaka
Gambar-gambar ini telah diambil semasa ketibaan kelab Cyborg dari Johor Bahru ke Melaka dan disambut oleh Satria Melaka Club (SMC). Ketika tiba di Tg. Bidara, kami disambut pula oleh kelab Satria Motorsport 3rd Generation (SM3G) yang telah sedia menunggu di sana. Kelab Akina Speedstar dari Negeri Sembilan tiba agak lewat petang. Kelab-kelab ini berkumpul untuk membincangkan mengenai Perhimpunan Kelab-kelab Satria Sempena Bulan Kemerdekaan 2005.
Mesyuarat berjalan lancar di mana kata putus telah diperolehi dan perhimpunan tersebut akan berlangsung di Port Dickson pada 3hb-4hb September 2005. Beberapa perkara lagi yang dibincangkan adalah mengenai program pada hari tersebut, kos penginapan dan makanan serta hadiah yang akan disediakan.
Turut dibincangkan adalah mengenai gabungan kelab-kelab Satria yang akan disatukan dengan sebuah lagi nama iaitu Youth Satria Owner (Yosato).
Terdapat beberapa buah kelab lagi yang berkemungkinan besar akan menyertai perhimpunan besar-besaran ini iaitu SPOC, Pro-Hatch dan Fuze.
Semoga impian tercapai dan selamat berjaya.
Kepada mana-mana kelab satria yang inginkan maklumat lanjut atau menyertai program ini boleh menghubungi:
016-6404000 (Selamat - SMC)
012-3243007 (Opie - SM3G)
012-9168277 (Jon - Akina SpeedStar)
012-7441144 (Aman - Cyborg)
Other Satria Fotopages: http://satriamelakaclub.fotopages.com